Popular Posts

Saturday, 8 September 2012

MAKSUD SEBENAR TUN MAHADHIR..MNUNJUKKAN PAKATAN NI BODOH GAK BAHASA INGGERIS NI RUPANYA



Peribahasa “Better the devil you know than the angel you don’t” jika diterjemahkan secara literal ialah “lebih baik syaitan yang dikenali, daripada malaikat yang tidak dikenali”.

Maksudnya di sini ialah - “it is often better to deal with someone or something you are familiar with and know, even if they are not ideal, than take a risk with an unknown person or thing.” ( lihat :http://www.usingenglish.com/reference/idioms/better+the+devil+you+know.html )

Tun M sebenarnya membawa maksud bahawa – adalah lebih baik kita berurusan dengan pihak yang kita tahu keburukannya, kerana kita akan lebih berwaspada dengan pihak begini, berbanding kita berurusan dengan pihak yang dilihat bertopeng dengan rupa yang seolah baik, tapi tidak diketahui niat buruknya.

Kita juga biasa mendengar orang berkata “nampak je baik macam malaikat, tapi perangai mengalahkan setan”. Adakah itu bermaksud syaitan lebih baik? Sudah pasti tidak.

Jika dalam bahasa Melayu, maksud peribahasa Inggeris itu hampir seperti ‘Air yang tenang jangan disangka tiada buaya’, ‘Lidah Tak Bertulang’, ‘Mulut Manis di Bibir’.

Maka, Tun M berperi agar masyarakat tidak mudah terpesona dengan segala janji manis dari pihak yang ‘Menanam Tebu Di Hujung Bibir’. Di mana mungkin akhirnya ia akan memakan diri sendiri.

Jika seekor singa atau harimau, sudah kita ketahui sifat-sifatnya, bagaimanapun kita selalu tertipu dengan ‘Sang Musang Berbulu Ayam’ atau ‘Si Lidah Bercabang’.

Thursday, 12 July 2012

1000 MENGAMUK MARAHKAN MB SELANGOR

1000 MENGAMUK DEMOTRASI (G.P.R.S)DI DEPAN PEJ MB SELANGOR

Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor di sini  dianggarkan 400org dan ditambah dengan Media pakatan haram yang menyorok diatas pokok dalam longkang yang mencari info tentang G.P.R.S ni jadilah jumlah bayangan1000 peserta mengadakan demonstrasi aman di sini hari ini kehhkehhkehhh, bagi membantah pentadbiran dibawah seliaan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim  dan mendakwa  beliau membenarkan penyelewengan demi penyelewengan yang sangat berleluasa.
Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS)dan Persatuan2 NGO mula berkumpul di Dataran Shah Alam.
Kumpulan itu kemudiannya berarak menuju ke bangunan SUK bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Menteri Besar Selangor dengan membawa sepanduk dan kain rentang tertera “Kami Benci Pakatan Rakyat”.dan nermacam-macam lagi sepanduk bagi membantah dakwaan salah tadbir urus melibatkan Universiti Industri Selangor (Unisel), Yayasan Selangor dan kemelut padang Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Kelana Jaya.Dan masaalah timbunan sampah yang tidak diurus dengan baik
Ini menunjukkan sokongan padu mereka pada BN dan menunjukkan yang rakyat dah muak dgn janji palsu pakatan rakyat yang banyak menyusahkan rakyat dengan bermacam2 masaalah,dan selepas ini jgn mimpilah nk menang pilihanraya di Selangor
Demonstrasi ini turut mendapat sokongan daripada beberapa NGO lain yang turut menyertainya. Antaranya, adalah Persatuan BWTK ,Persatuan Bekas Veteran Tentera Malaysia, Waris Malaya, Belia 4B, Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) dan juga beberapa kumpulan pendesak India yang mendakwa masyarakat itu terus dipinggirkan.dan aduan demi aduan tidak mendapat maklum balas positif dari Kerajaan Selangor
Turut hadir pada demonstrasi ini adalah ADUN Kuang, Abdul Shukor Idrus dan Adun Kuala Kubu Baharu, Wong Kun Mun.dan beberapa Adun lagi.
Kumpulan itu bersurai apabila pada jam 11.40 pagi, dan seorang ketua dibenarkan masuk bagi menyerahkan memorandum bantahan tersebut kepada wakil pejabat menteri besar Selangor itu