Peribahasa “Better the devil you know than the angel you don’t” jika diterjemahkan secara literal ialah “lebih baik syaitan yang dikenali, daripada malaikat yang tidak dikenali”.
Maksudnya di sini ialah - “it is often better to deal with someone or something you are familiar with and know, even if they are not ideal, than take a risk with an unknown person or thing.” ( lihat :http://www.usingenglish.com/ reference/idioms/ better+the+devil+you+know.html )
Tun M sebenarnya membawa maksud bahawa – adalah lebih baik kita berurusan dengan pihak yang kita tahu keburukannya, kerana kita akan lebih berwaspada dengan pihak begini, berbanding kita berurusan dengan pihak yang dilihat bertopeng dengan rupa yang seolah baik, tapi tidak diketahui niat buruknya.
Kita juga biasa mendengar orang berkata “nampak je baik macam malaikat, tapi perangai mengalahkan setan”. Adakah itu bermaksud syaitan lebih baik? Sudah pasti tidak.
Jika dalam bahasa Melayu, maksud peribahasa Inggeris itu hampir seperti ‘Air yang tenang jangan disangka tiada buaya’, ‘Lidah Tak Bertulang’, ‘Mulut Manis di Bibir’.
Maka, Tun M berperi agar masyarakat tidak mudah terpesona dengan segala janji manis dari pihak yang ‘Menanam Tebu Di Hujung Bibir’. Di mana mungkin akhirnya ia akan memakan diri sendiri.
Jika seekor singa atau harimau, sudah kita ketahui sifat-sifatnya, bagaimanapun kita selalu tertipu dengan ‘Sang Musang Berbulu Ayam’ atau ‘Si Lidah Bercabang’.